Quantcast
Channel: DR SWEET STEVIA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 360

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Pokok Selasih

$
0
0

 Tanaman Semusim, Pokok Selasih!


    Ramai di antara kita yang tidak mengenali apa itu tumbuhan Selasih. Tanaman renek ini sangat popular dalam kalangan tukang masak di negara Eropah khususnya dalam masakan Itali seperti pizza margarita, pasta dan sup tomato. 

    Pokok Selasih merupakan antara tumbuhan yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Tumbuhan ini mengeluarkan aroma yang agak berangin seakan-akan pudina. Selain nama Selasih, tumbuhan ini turut dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Sweet Basil, Kemangi, Holy Basil dan Thulasi.



NAMA SPESIES:
OCIMUM BASILICUM

KELUARGA:
LAMIACEAE

ASAL:
INDIA

CIRI-CIRI:
DAUN BERBENTUK OVAL BERWARNA HIJAU PEKAT
BUNGA TERDAPAT DI DAHAN DAN DI HUJUNG BATANG POKOK
TERDAPAT RERAMBUT HALUS BERWARNA JERNIH DI BAWAH PERMUKAAN DAUN
KETINGGIAN POKOK ANTARA 60 - 70 CM


    Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok Selasih adalah seperti berikut:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Menghilangkan kembung perut pada kanak-kanak
  • Mengatasi masalah mulut berbau
  • Merawat batuk dan mencairkan kahak
  • Melawaskan sistem pencernaan
  • Mengurangkan panas badan
  • Merawat demam dan malaria
  • Mencegah tuberkulosis

 

    Pucuk Selasih lazimnya dimakan sebagai ulam, dibuat kerabu atau dicampurkan sekali dalam masakan gulai nangka muda. Biji Selasih pula boleh dijadikan minuman untuk menyejukkan tubuh badan. 

    Anda boleh menggunakan daun Selasih dan Serbuk Stevia Dr Sweet untuk membuat air teh selasih. Hanya campurkan beberapa helai daun selasih dengan secawan air panas dan biarkan selama 5 minit. Kemudian, tapiskan daun Selasih dan masukkan jus perahan lemon dan Serbuk Stevia. Selamat mencuba!


Dapatkan Serbuk Stevia Dr Sweet anda sekarang di:

Shopee: https://shopee.com.my/steviasugar

Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar

PGMall: https://pgmall.my/Steviasugar-Corporation

PrestoMall: https://www.prestomall.com/store/steviasugar

YouBeli: https://www.youbeli.com/stores.php?stores=1139

   


 Pokok Selasih yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet 






Viewing all articles
Browse latest Browse all 360

Trending Articles