Subang Nenek, Anestetik dan Penambah Perisa Semulajadi!
Jika anda kunyah daun Subang Nenek, anda akan mengalami sensasi seperti meletakkan bateri 9V pada lidah dan jika anda kunyah bunganya, mata akan mula berair dan air liur akan mula memenuhi mulut sehingga anda terasa seperti hendak muntah.
Subang Nenekmerupakan sejenis tumbuhan yang sangat unik kerana bunganya apabila dimakan akan memberi efek seperti dibius kekebasan. Disebakan itu, Subang Nenek diberi jolokan 'Toothache Plant' dan dikenali sebagai Electric Daisy. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'Eyeball plant' dan 'Butang Baju Siti Fatimah' disebabkan rupa bunganya yang seakan-akan bebola mata atau butang baju.
NAMA SPESIES:
ACMELLA OLERACEAE
KELUARGA:
ASTERACEAE
ASAL:
BRAZIL
CIRI-CIRI:
BUNGA KECIL-KECIL DAN TUMBUH SECARA KLUSTER
BUNGA BERWARNA MERAH BERCAMPUR KUNING KEEMASAN
BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN LICIN DAN DAUNNYA BERBENTUK OVATE
KETINGGIAN POKOK MENCECAH 16 INCI
Kelebihan yang terdapat pada Subang Nenek dari sudut kesihatan adalah:
- Melegakan sakit gigi, gusi dan sakit tekak
- Merawat stomatitis atau inflamasi dalam mulut
- Melegakan masalah dermatitis
- Sebagai diuretik semulajadi
- Merangsang pengeluaran air liur
- Mengurangkan sakit gastrik ulser
- Membantu menegangkan kulit wajah
Daun Subang Nenek yang ditumbuk lumat dan disapu pada gigi boleh melegakan sakit gigi. Jika ditambah pada hidangan stew atau salad, ia boleh meningkatkan rasa hidangan, menambah kemanisan makanan justeru menaikkan lagi selera makan anda.
Tumbuhan ini bukan sahaja ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet malah diusahakan secara meluas di kebun kami untuk dihasilkan sebagai produk herba baharu. Stay tuned untuk mengetahui lebih banyak info mengenai tumbuhan herba di Taman Herba Mini Dr Sweet!