Quantcast
Channel: DR SWEET STEVIA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 360

Apa Itu Bonglai Putih?

$
0
0

 Bonglai, Tumbuhan Herba Tradisional yang Banyak Manfaat!


    Bonglai Putih merupakan tumbuhan yang tidak serupa dengan pokok Bonglai (Oryxylum indicum) dan berumpun dari keluarga halia. Bonglai Putih lazimnya dijumpai tumbuh di kawasan yang agak lembap seperti di kawasan belukar dan semak-samun di kebun getah. Selain itu, Bonglai Putih dikenali juga dengan nama Bonglai Bukit atau Bengal Ginger dalam bahasa Inggeris.




NAMA SPESIES:
ZINGIBER MONTANUM

KELUARGA:
ZINGIBERACEAE

ASAL:
THAILAND

CIRI-CIRI:
PSEUDOSTEM POKOK BERBENTUK SILINDER DIKELILINGI PELEPAH DAUN
RIZOM BERWARNA KUNING PUCAT DAN SANGAT AROMATIK
TUMBUH SETINGGI 2M


Manfaat Bonglai untuk kesihatan adalah:
  • Untuk melegakan cirit-birit dan kolik
  • Untuk merawat asma dan demam
  • Untuk merawat sakit reumatik dan arthritis
  • Untuk melegakan sakit terseliuh, bengkak dan lebam
  • Untuk melegakan batuk dan demam panas

    Bonglai Putih juga terkenal sebagai bahan minyak urutan dan merawat luka terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Untuk pengetahuan pembaca semua, kami juga mengusahakan tanaman Bonglai Putih di Kebun Reyhan dan akan mula dijual kepada orang ramai tidak lama lagi. Ikuti perkembangan kami dari semasa ke semasa untuk lebih info menarik berkenaan tumbuhan herba dan progres kami di Kebun Reyhan!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 360

Trending Articles