Quantcast
Channel: DR SWEET STEVIA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 360

Apa Itu Nilam?

$
0
0

Minyak Pati Popular dalam Pasaran Kosmetik, Nilam!


    Pokok Nilam atau nama lainnya Dahlum Wangi adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai aroma yang harum dan minyak patinya yang dikenali sebagai Patchouli Oil banyak digunakan dalam industri penghasilan produk kosmetik. Di samping itu, Pokok Nilam juga ditanam secara meluas di Malaysia termasuklah di Kebun Reyhan kami.


NAMA SPESIES:
POGOSTEMON CABLIN 

KELUARGA:
LAMIACEAE

ASAL:
CINA, SRI LANKA, VIETNAM, MALAYSIA, INDONESIA, FILIPINA, NEW GUINEA 

CIRI-CIRI:
TANAMAN HERBA YANG BERAROMA
BATANGNYA BERWARNA UNGU, BERSEGI DAN BERBULU
DAUN BERBENTUK BUJUR TELUR DAN TERSUSUN DALAM PASANGAN BERLAWANAN
BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1M


Kelebihan yang terdapat pada tumbuhan Nilam adalah:
  • Untuk merawat batuk dan asma
  • Untuk merawat bisul
  • Untuk meredakan sakit kepala
  • Untuk merawat reumatik dan sakit otot
  • Untuk menyembuhkan demam kuning
  • Untuk melancarkan aliran haid   

    Pokok Nilam sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan asma. Ingin mengatasi masalah sakit kepala? Hanya rebuskan air daun Nilam dan air itu diminum.
 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 360

Trending Articles