Sambung Nyawa, Tumbuhan Herba Pengubat Pelbagai Penyakit!
Selain Sambung Nyawa Batik, tumbuhan Sambung Nyawa juga ditanam di Kebun Reyhan kami. Tumbuhan yang mendapat jolokan 'Daun Dewa' ini merupakan sejenis pokok herba yang berpotensi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Sambung Nyawa atau nama lainnya Akar Sebiak banyak digunakan dalam perubatan di Asia Tenggara contohnya di Malaysia, Thailand dan Indonesia.
NAMA SPESIES:
GYNURA PROCUMBENS
KELUARGA:
ASTERACEAE
ASAL:
CINA, ASIA TENGGARA DAN AFRIKA
CIRI-CIRI:
DAUN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN
Sebenarnya, banyak manfaat yang boleh diperoleh dari Sambung Nyawa. Air rebusan daun Sambung Nyawa segar boleh diminum sebagai ubat manakala daun segar yang digiling sehingga lumat boleh dijadikan ubat pupuk untuk disapu di tempat yang sakit.
Antara manfaat Sambung Nyawa untuk kesihatan adalah:
- Menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol
- Merawat masalah buah pinggang
- Merawat sembelit, kencing manis dan kanser
- Merawat masalah buah pinggang
- Merawat jangkitan kerongkong
- Meredakan demam
- Merawat gigitan haiwan berbisa
Daun Sambung Nyawa mempunyai rasa lemak yang sedap dimakan sebagai ulam. Bukan itu sahaja, daunnya juga enak dimasak sebagai sayur atau dijadikan perisa makanan. Berminat nak tanam pokok Sambung Nyawa di halaman rumah? Dapatkan pokok Sambung Nyawa 🌿 anda sekarang di: